Monday, January 30, 2012

MELAKA 750th YEARS INTERNATIONAL CHESS FESTIVAL 2012

YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam 
Ketua Menteri Melaka  ( Chief Ministry Malaka State)
Penaung Kejohanan Catur Antarabangsa Melaka

Date:  20 - 30th April 2012

Festival Date:     20 -30th April 2012
1st Event  :           Florencio Campomanes Memorial International Rapid Chess Championship
Prize Fund:         USD 20,000
Time:                     25 minutes
Rounds:               11 rounds ( 2 days)

2nd Event:         Historical Melaka  International Chess Event  (23-30 April)
Prize Fund:         RM 40,000
Time:                  90 min+ 30 sec
Rounds:               9

3rd Event:          Challenger (Below 2000 FIDE rating)- 23 -30 April
Prize Fund:         RM 10,000
Time:                   90 min+ 30 sec
Rounds:               9

4th Event:         28 April 2012 - FREE DAY ( Local Chess Activity)


VENUE:  Hotel Hang Tuah, Melaka

Contact Person:
Gregory Lau Beng Hock         
MCF Honorary Secretary at +6012.289.8215

Najib A Wahab :                      
Technical Director +6016.338.2542

Detail & invitation will be post ASAP

Entry Form 
------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Peribadi

Mengenali dan bertemu Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam di Rumah Kediaman Rasmi dan di Pejabatnya di Bukit Katil menjadi satu episod permulaan penerimaan Sukan Catur Kejohanan Antarabangsa di Tanah bumi bersejarah 750 tahun Melaka ditubuhkan.
Gregory Lau (MCF), Muhammad Khairi Jansar (Catur Melaka), Zuraiha Wazir (MCF)
 - sedang menunggu di lobby rumah Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka
Saya di hadapan Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka 

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam adalah seorang yang mesra rakyat  dan memudahkan segala urusan berhubung dengannya.  Pagi itu kami menunggu di rumah kediaman rasminya, jam 10am. Beliau baru pulang  berjogging  dan setelah itu beliau bertemu dengan pelawat & rakyat Melaka yang telah menunggu daripada pagi di dalam dan dihadapan rumahnya . Segala urusan rasmi di perjelaskan di pejabatnya.  Mesyuarat yang dipengerusi selama 15 minit  yang menentukan YES/NO disudahi dengan kelulusan baget dan perlantikan jawatankuasa induk yang terlibat iaitu:

PENGERUSI:                 YBHG  Datuk Zainal Bin Hussin (TSUK)

PENGERUSI BERSAMA: YB Datuk Gan Tian Loo (Exco Pelajaran, Belia & Sukan)

BENDAHARI:                En Sabarudin Kudus (Pengurus Besar Yayasan Melaka)

SETIAUSAHA:               En. Muhammad Khairi bin Jansar

SETIAUSAHA TEKNIKAL:  En Gregory Lau (MCF)

AJK: Semua Pengerusi EXCO Negeri

Sebelum ini Presiden MCF, Tan Sri Ramli Ngah Talib telah bertemu beliau semasa hari raya di Kediaman rasmi mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Badawi.  Susulan pertemuan itu kami telah membentangkan kertas kerja semasa bulan November 2011. Tetapi sehingga pertengahan Januari belum ada tanda tanda positif  maklumbalas yang diterima. 

Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, diatas sokongan yang diberikan.  Juga kepada yang terlibat untuk menjayakan dan merealisasikan Kejohanan Festival ini akan mendapat liputan meluas daripada seluruh dunia dan daripada pemain tempatan amnya
.   
Mulakan pendaftaran nama anda sekarang!!!!!

INFO: 
Kursus Arbiter Kebangsaan (MCF) :    2 – 4 Mac 2012 ( 3 hari - Jumaat -Ahad)
Yuran   RM 200.( Borang dan maklumat akan dikeluarkan minggu depan)
Peserta yang lulus akan diserapkan menjadi Arbiter Kejohanan Antarabangsa Melaka.


Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah Sebentar Beli berangan
Kami Mengucap Selamatlah Datang
Apa yang Kurang Di Caci Jangan

2 comments:

  1. Salam,
    1)Cane nk reg utk main chess?blh bg link borg.
    2)Utk kursus arbiter,venue?ni MCF level?utk FIDE,kne attend lain ke?

    ReplyDelete
  2. Saudara Zuhairi;
    2. Kursus Arbiter untuk Lev 1.( Diberikan: Sijil Kebangsaan lev 1 MCF). Kursus FIDE sudah diadakan pada tahun lepas. Venue kemungkinan di Bilik Seminar 2C di OCM. Kursus ini akan bekerjasama dengan mssm.

    2. Borang Melaka Festival akan diedarkan selepas mendapat pengesahan no akaun daripada Yayasan Melaka dan pelancaran website dan logo kejohanan. Dijangkakan minggu ke-3/4 bulan ini

    ReplyDelete

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post