Sunday, March 20, 2022

A'DDAWIYAH ABD AZIZ : JUARA - EON Mall Shah Alam Open Chess Tournament 2022

Juara: A'ddawiyah Abd Aziz (1428)

Chess-results

Ke-3: Ava Arabella Sheikh Abdullah (1317) 

(Adik Arabella mengingatkan saya pada pemain kembar negara dahulu Geraldine John Putra)

Best Girl: Thamil Manni Swetha (1316)


Best Under-9


Arbiter & Organizer Kelab Catur Elite 18


Note:

Suatu yang luarbiasa apabila Kejohanan Terbuka Catur  dimenangi oleh seorang perempuan yang berumur 15 tahun daripada Bangi, selangor.  Ini mengingatkan saya kepada pemain wanita negara WIM Dr. Siti Zulaikha Fouzi

Saya mendapat firasat adakah  ini Juara?-  apabila adik Addawiyah yang baru pertama kali saya bertemu beliau yang secara tiba-tiba muncul di hadapan saya pada pusingan pertama dan memakai topi cap tertera "CHAMPION'. Hampir kami memulakan permainan pertama apabila ada keluarga pemain lain yang tegur beliau salah duduk . Kemudian beliau pindah ke sebelah kiri saya. 

Nota 2:

Al-Baaqiyatus Solehah Bt Ahmad 

  •  Adik Solehah yang salah satu pemain lawan saya yang baru berumur 7 tahun daripada Perak, Beliau telah mendapat 2 mata daripada pemain bawah 15 tahun.  Sangat bijak dan menguasai permainan dalam 1 tahun. Bintang cilik yang berbakat !!!

Dibawah pohon Sakura Pink bersama 'artis' catur popular ; Ellie (Arbiter) & Ezmi (Herocsifu)



No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post