Wednesday, April 6, 2022

Ada Apa Di HOTEL HANG TUAH HERITAGE, MELAKA (HOTEL ABADI)

Tahun 2012 Hotel ini pernah menjadi tempat gelanggang Kejohanan Catur MELAKA 750th Years International  Chess Festival. Dimana mantan  Ketua Menteri Melaka iaitu Dato  Seri  Ali Rustam  selaku penaung Kejohanan Catur Antarabangsa Melaka.

 

Selama 3 bulan kertaskerja, mesyuarat bersama Ketua Menteri Melaka bersama Adun Negeri  di pejabat  Yayasan Melaka diadakan dan publisiti meluas telah dilakukan. Kejohanan ini telah Berjaya dianjurkan dibawah Persekutuan Catur Malaysia (MCF)



Sekarang hotel ini sepi dan suram tidak beroperasi sejak 6 tahun yang lepas.

 



Imej dan memori lalu datang Kembali.

Kini syarikat tempat saya bekerja  terlibat di dalam proces pemilihan kontraktor dan Imej Hotel sesuai kehendak Client mengikut budget yang diperuntukan.

 

Note;

Ada beberapa konsep yang menepati ciri-ciri senibina heritage Melaka memandangkan lokasi bangunan terletak berhampiran tempat sejarah.

 

Element seperti

Tangga Batu Melaka, Jubin Seramik berwarna warni dan bermotifkan flora

 


Motif Ukiran kayu di dalam masyarakat Melayu dimana Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pola Bujang: Motif Bunga Matahari, Perang Rusuk dan Bunga Cina

Pola ukiran tembus

Pola lengkap: Motif Sulur dan Daun & Bunga Semangat

  • Jubin yang ada di pasaran:

Jubin jenama KINGRESS: ETHNIC

Note 2: 

Semoga dipermudahkan dan  dijangkakan 2 bulan ini akan bermula perlantikan kontraktor dan memulakan kerja, 

Dokumen lain masih confidential. 


No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post