Wednesday, May 18, 2022

PROGRAM INSPIRE ITALENT 2022 Peringkat W.P Kuala Lumpur & Kisah Seorang pemain Catur OKU


PROGRAM INSPIRE ITALENT 2022 Peringkat  WP Kuala Lumpur akan diadakan seperti berikut;,
 
TARIKH   :  28 MEI 2022 (SABTU)
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT  :  KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN KG. PANDAN, KL

Kepada Warga OKU Yang berminat untuk menceburkan  diri dalam arena sukan Para bolehlah hadir pada  waktu yang ditetapkan 

Sebarang pertanyaan hubungi  

EN MOHD FAIDURRIDA BIN YUSOFF. 
No Tel: 013 533 5503
Pegawai pembangunan Sukan OKU
Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur

Kategori Kecacatan; 
  • Anggota  / Fizikal
  • Penglihatan
  • Berkerusi Roda
  • Masalah Pembelajaran


---------------------------------------------

Kisah 1:

Saya bertemu seorang pemain  catur OKU ( kecacatan fizikal - Tulang rapuh) yang sering menyertai kejohanan Fide Rated di KL Master, DC Mall & GACC event pada tahun ini.

Saudara Muhd Idris bin Mohd Ibrahim, 28 tahun adalah seorang yang sangat berdikari yang sanggup datang sendiri dengan pengangkutan teksi 'Grab' walaupun berkerusi roda 

Walaupun beliau dilahirkan dengan kecacatan, namun beliau menyara kehidupan sendiri tanpa meminta-minta. Seorang yang berkelulusan Ijazah daripada Stanford College dalam bidang IT media.

Air muka beliau sangat positif dan seorang yang percaya diri.

Beliau juga melibatkan diri dalam persiapan Paralimpik SUKMA untuk  mewakili Negeri Sembilan.

Mohd Ibrahim, Muhd Idris (1189)

Kisah 2

Saya teringat teman lama..ZH-Joe yang mencipta dan menyanyikan lagu sambil petik gitar pada saya semasa di Universiti dahulu......menerusi baik2 lirik lagunya....

Bersambung cerita ....... di blog Linda 3P...Perjalanan

.UTM Skudai Fakulti Alambina


No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post