Friday, May 24, 2024

MEMAHAMI PROGRAM SWISS-MANAGER

Kini program Swiss-Manager boleh dipelajari secara online. Kelas Swiss Manager yang saya hadiri pada tanggal 22 Mei 2024 (Cuti Hari Wesak) dikendalikan oleh Dr. Norhidayah Azman sangat menarik dilengkapkan dengan nota dalam bentuk PDF dan dipraktiskan semasa kursus dijalankan.  Kelas ini dibahagikan kepada 2 level dengan bayaran RM50 sahaja.  Semua peserta akan diberikan link zoom di whatshap kumpulan.  Setelah berakhirnya kursus level satu, salinan video zoom diberikan.  Ini akan memudahkan kepada peserta untuk nmengulangi semula pembelajaran sehingga mendapat pairing yang diberikan.

 Levei 1 (Beginner)

Setup Tournaments

Import Players from Excel

Generate Pairings

Enter Results

Exclude Players

Delate Rounds

 

Level 2 (Novice) Swiss Manager online akan diadakan pada 1hb Jun 2024

Uploading to Chess-results

Setup custom columns (web & print)

Manual pairings & colour

Teams and team tiebreaks

Downloading online tournament files


Dr Norhidayah Azman.

Pensyarah Kanan

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pemain Catur (aktif)

Arbiter Kebangsaan (NA)

Pertama kali saya berjumpa Dr. Dayah ketika kami menyertai Kejohanan Catur National Close Championship (Women) di Wilayah Kompleks, Kuala Lumpur ketika  beliau remaja pada 14 tahun dahulu. Kali terakhir berjumpa bermain di Kejohanan Catur Kebangsaan 2022 di Hotel Tenera, Bangi

Pada tahun ini,  saya mulai aktif mengajar kelas catur di Sekolah International. Kluster  dan sekolah SJKC di sekitar Kuala Lumpur. Saya terlibat juga untuk pemilihan murid untuk wakil sekolah  di peringkat zone KL.  Pada peringkat awal saya mengunakan sistem manual Pairing Card yang saya pelajari daripada mysifu Arwah Ibrahim Yaacob (IA). Sistem pairing card amat sesuai digunakan untuk pengajaran dikelas dalam 20 orang tanpa mengunakan komputer untuk 1.5 jam.(3/4 pusingan)

Untuk bilangan yang  kurang 60 orang, program swiss-manager boleh digunakan secara percuma dengan download di internet. Untuk event Fide rated dan bilangan melebihi 60 orang perlu mengunakan  Lesen Swiss-Manager yang sah.  Harga program Light Swiss Manager adalah RM375( Euro 75) dan untuk Full program RM 765 (Euro 150).  Untuk pemula belajar dan cikgu sekolah ianya bukan satu harga yang murah.

Pada 15-16 Jun 2024 satu  Seminar Arbiter Kebangsaan akan dijalankan di 1st Kuala lumpur Chess Festival (KLCF2024) di International Youth Centre (IYCKL), Cheras.

Program Swiss Manager termasuk subjek pembelajaran Kursus National Arbiter.


*aktif blogging semula.

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

MISI MENCARI ‘50-MOVE RULE’

https://clono.no/Analysis/?gid=47916 Board 14 :  Pusingan ke-7  daripada 8 pusingan di kejohanan Classical FIDE rated di 14 th   U1800 KL Ma...

Popular Post