Saturday, September 6, 2025

3rd Female International Arbiter (MAS) : IA Sendy Yanty Syaman

IA Sendy Yanti Syaman

Bersama pasangannya IA Mohd Nurul Izani Mohd Asri

ARB Report to the 1st FIDE Council Meeting 2025 : Appendix C

Nota:

Mengenali pasangan hebat Pn Sendy Yanti Syaman  seawal beliau aktif menganjurkan kejohanan di sekitar Putrajaya & Klang Valley bersama pasangannya 8 tahun lalu IA Mohd Izany Mohd Asri.  

Kelab Catur Elite 18 (KCE18 Putrajaya) yang kini berpejabat berseebelahan pejabat Malaysian Chess Federation (MCF) di Sri Kembangan, Selangor dan pernah mendapat  kejayaan di Malaysian Book of Record untuk penyertaan pemain catur teramai di dalam satu kejohanan.  Kelab beliau lengkap peralatan catur, pegawai teknikal dan tempat kejohanan.

2 tahun lepas beliau sering mendapat jemputan sebagai Paring Arbiter/Arbiter  di kejohanan yang berprestif Fide seperti :

1. 8th Eastern Asian CC 2024 - Penang

2. Commonwealth  CC 2024 - Melaka

3. Asian Rapid CC 2024 - Hong kong

4. Asean Age Group 2025 - Penang

5. Asian Amateur 2025 - Hong Kong 


Nota2:

Untuk mengikuti jejak beliau tahun ini saya termotivasi untuk meningkatkan title Arbiter saya (FA) sehingga hujung tahun ini,  Rancangan menjadi Arbiter di Malaysian Chess Festival 2025  pada minggu depan di KL Gateway  (12 - 21 Sept 2025) dan di Commonwealth 2025 bulan November di Kuala Lumpur pada 8hb - 17hb November 2025.

Commonwealth Chess Championship 2025

Link Berkaitan: Sendy KC18

Female Arbiter (MAS)

Friday, August 22, 2025

Mengenali 1st Grand Master Malaysia seawal 7 tahun - Yeoh Li Tian

7th ASEAN Age Group Chess Championship 2006, Ancol Jakarta Indonesia
Head of Delegation : Haslindah Ruslan

Nota:

Bila saya melihat adik Yeoh Li Tian gambaran ikan Dolphin dan memori semasa AAG di Ancol, Jakarta bermain difikiran. YLT mempunyai bantal ikan dolphin sebesar tapak tangan. Bantal kecil ini dimasukkan dalam baju sebelum tidur.  Tiada siapa dibenarkan usik bantal kesayangannya.  Kebetulan semasa di AAG, kami ditempatkan di hotel yang mempunyai Taman Tema permainan. Terdapat pertunjukan life binatang laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Saya membawa anak-anak pemain bersama semasa free day. Saya katakan pada YLT 'now you can see the real Dolphin'. Pada hari itu memjadi kenangan gembira buat beliau. Kejohanan AAG bawah 8 tahun YLT mendapat tempat ke-5.  Ini juga kejohanan antarabangsa yang pertama buat beliau. Keluarganya tidak dapat sertai kerana kos agak tinggi dan belum ada penaja.

Taman Tema Pertunjukan Ikan Dolphin
Karektor ikan dolphin yang Bijak, Comel, berdisplin, Sensitif dan Rajin Belajar banyak mencerminkan karektor YTL

Yeoh Li Tian bersama Menteri Belia & Sukan YB Hannah Yeoh

Tahniah kejayaan bakal Grand Master Yeoh Li Tian. Menjuarai Kejohanan jemputan  Chesshub-MCF-GM-IM Invitational Chess Championshp  pada 28 July - 3 Ogos 2025. (Norm GM terakhir)

Yeoh Li Tian Bersama Presiden MCF dan Penaja Kejohanan

Monday, July 21, 2025

W50+ Contribute 4 Gold's Medal ; ASEAN Age Group Chess Championship 2025, Penang

Haslindah Ruslan & NWM Khairunnisa Wahiduddin
(Team Gold Medal - Rapid & Blitz)
NWM Khairunisa Wahidduddin (Gold  Medal -Rapid & Blitz )
Haslindah Ruslan ( Silver Medal -Rapid & Blitz )

Penang Chess Association (PCA) Facebook AAG2025 Video

Haslindah Ruslan : Senior (W) Category
 See Swee Sie 
President, Penang Chess Association (PCA)
Deputy President, Malaysian Chess Federation (MCF)

Nota 1:

Ini adalah kali pertama saya menyertai kategori Senior 50+ Wanita di Kejohanan ASEAN Age Group Chess Championship. Lazimnys saya adalah Head of Delegation (HOD) daripada Pasukan Malaysia yang membawa kontingen besar ke acara ini semasa saya di MCF dahulu.

Ini juga merupakan kutipan Pingat emas terbanyak Malaysia sejak diadakan 23 kalinya AAG.

Dimaklumkan untuk AAG tahun ini diperkenalkan direct title IM untuk Juara S50. Ini adalah hasil usaha IA / IO Ignatius Leong  seperti mengikut kelulusan yang baru diluluskan :( Untuk S50 & W50)

Table of Direct Titles (2024 FIDE Title Regulation B / 01.1.2.2 apply). 

Women 50+ & 65+  /  Girls 20, G18

WIM: If the tournament meets these requirements:-

Participants - minimum10, Federations - 7 of which 5 are ASEAN Playing Every Rounds - 5 WIMs, then these will be  awarded:   1st equal - WIM title, Silver & Bronze - Norm

Table for Direct Titles effective from 1 May 2025

B. PERMANENT COMMISSIONS / 01. International Title Regulations (Qualification Commission) / Table for Direct Titles effective from 1 May 2025 /

Nota 2

Di kejohanan AAG ini untuk mencapai group yang boleh mendapat Direct IM / WIM norm maka kumpulan age group terpaksa digabungkan ;-

Kumpulan ( S50 & S65)

Kumpulan (Boys 18 & B20)

Kumpilan (Girl 16, 18 & 20)

IO / IA Ignatius Leong

Saturday, July 19, 2025

FIDE ARBITER SEMINAR 2025, PENANG

 

https://arbiters.fide.com/news/10141

List Arbiter - Pass Exam paper FA ( 8 from 12 participants)

Nota:

Ini kali ke-3 saya menghadiri kursus Seminar FIDE Arbiter yang dianjurkan oleh ASEAN Chess Federation di Berjaya Hotel, Penang. Keputusannya baru diterbitkan di laman website Fide.com pada hari ini dengan keputusan yang sangat mengembirakan.

Saya ingin kembali mengaktifkan blog ini semula selepas sepi tanpa content chess sejak saya mengundurkan diri daripada  MCF 6 tahun dahulu.  Saya teringat tujuan asal blog ini adalah untuk arkib sejarah chess yang berlaku di Malaysia terutama melibatkan pemain wanita amnya.  Disamping itu dapat memberi maklumat yang berkaitan.

Secara ringkas, Exam Seminar FA  boleh dilakukan secara online ataupun hybrid format.

Ada 40 soalan peperiksaan . Peserta wajib lulus 80%

Soalan berdasarkan keputusan seorang Arbiter bila menghadapi situasi semasa kejohanan dijalankan. Contohnya dalam keadaan Illegal move, Clock flag fall, promotion, wrong claim, draw position.  Arbiter kena bertindak untuk beri keputusan dan penjelasan kepada situasi tersebut 

Soalan juga berkaitan cara pengiraan rating dan cara pengiraan mendaparkan Norm IM, WIM, WGM, GM untuk pemain.

Pengunaan sistem Swiss System di Swiss-Manager dan cara pengiraan Tie break dengan kaedah Buchholz & Sonneborn-Berger untuk permainan individu dan berpasukan.

Arbiter kena mahir dengan Laws of Chess 2025, pengunaan elektronik jam catur dan pemahaman Fair Play Regulation.

Proses untuk Mendapatkan title FA adalah:-

1. Mendapat Norm FA1 daripada 3 kejohanan Catur (FIDE Rated Event)

2. Lulus Exam Seminar FA

3.  Dalam masa 4 tahun

4. Permohonan melalui Federation (MCF ) ke FIDE  

*(ada proses pembayaran title FA dan pengurusan MCF)

Seminar FA Arbiter, Penang 2025


List of Arbiter for ASEAN Age Group 2025, Penang

My 1st FA Arbiter Seminar 2011 :  https://arbiters.fide.com/news/336

My 2nd FA Arbiter Seminar 2017:  https://arbiters.fide.com/news/2255

LINDA RUSLAN

3rd Female International Arbiter (MAS) : IA Sendy Yanty Syaman

IA Sendy Yanti Syaman Bersama pasangannya IA Mohd Nurul Izani Mohd Asri ARB Report to the 1st FIDE Council Meeting 2025 : Appendix C Link: ...

Popular Post