Menjadi 1st Female Fide Instructor Malaysia (FI) pada tahun. 2016 di Kuala Lumpur bukannya matlamat awal asalnya.
Ianya lebih kepada mengikut syarat FIDE iaitu Team Captain World Olympiad harus ada title FI untuk free accommodations. Dimana saya pernah ke 40th World Chess Olympiad Team di Istanbul, Turkey 2012 dan di 43rd Chess Olympiad Batumi, Georgia 2018
Sebelum itu saya telah mengikuti kursus Jurulatih anjuran FIDE kerjasama dengan KLCA dan Kementerian Pendidikan dan mendapat title National Instructor (NI) Fide tahun 2007 di Shah Alam, Selangor
Pada tahun yang sama saya menganjurkan Kursus Jurulatih Wanita Catur MSN -WSFFM / MCF - tahap 1 2007 di Puchong, Selangor.
Seramai 25 wanita dipilih dikalangan pemain, ibu pemain dan guru-guru sekolah.
Nota2:
Kini selama 2 tahun saya cuba memahami bidang Jurulatih di Sekolah, SJKC, International School, pemain Para Sukma KL dan pemain individu (beginner)
Cabaran sebagai Jurulatih untuk student pertama saya adalah 2 orang pemain wanita - Buta (B1 Blind)
Tetapi saat paling gembira apabila mereka berdua pertama kalinya berjaya mendapat 2 Pingat Perak dan 2 Pingat gangsa untuk Pasukan Kuala Lumpur semasa temasya Para Sukma 2022. Malangnya kesungguhan mereka tidak mendapat sokongan elaun & insentif maka mereka mendapat tawaran berpindah je Negeri lain.
Sekolah International pertama yang saya ajar adalah di Alice Smith school KL dan saudara IA / IM Mok Tze Meng (Intelligent Minds Academy) yang menawarkan Coach / Fasilator
Setiap coach perlu ada Demo Board untuk permulaan kelas terutama kelas yang tidak ada kemudahan internet, TV. Buku untuk beginner iaitu Kids for Chess 1 & 2 (Collin Madhavan) banyak membantu saya sebagai asas pengenalan catur.
Kini pendekatan teknik pembelajaran catur makin mudah. Dengan pengunaan TV screen yang besar dengan mengunakan Li Chess (Link) ataupun Chess.com (Link) sebagai sumber rujukan menjadikan pemahaman dan minat pelajar makin bertambah.
Nota3:
Tawaran daripada FA Bob Yab (Corner Stone Chess Academy) yang memberi banyak peluang untuk saya mengajar di sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga memastikan Jurulatih dibawahnya mempunyai Permit Guru Catur daripada Kementerian Pendidikan (MOE), KL
No comments:
Post a Comment