Nota:
Bila saya melihat adik Yeoh Li Tian gambaran ikan Dolphin dan memori semasa AAG di Ancol, Jakarta bermain difikiran. YLT mempunyai bantal ikan dolphin sebesar tapak tangan. Bantal kecil ini dimasukkan dalam baju sebelum tidur. Tiada siapa dibenarkan usik bantal kesayangannya. Kebetulan semasa di AAG, kami ditempatkan di hotel yang mempunyai Taman Tema permainan. Terdapat pertunjukan life binatang laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Saya membawa anak-anak pemain bersama semasa free day. Saya katakan pada YLT 'now you can see the real Dolphin'. Pada hari itu memjadi kenangan gembira buat beliau. Kejohanan AAG bawah 8 tahun YLT mendapat tempat ke-5. Ini juga kejohanan antarabangsa yang pertama buat beliau. Keluarganya tidak dapat sertai kerana kos agak tinggi dan belum ada penaja.
Yeoh Li Tian Bersama Presiden MCF dan Penaja Kejohanan