Friday, August 22, 2025

Mengenali 1st Grand Master Malaysia seawal 7 tahun - Yeoh Li Tian

7th ASEAN Age Group Chess Championship 2006, Ancol Jakarta Indonesia
Head of Delegation : Haslindah Ruslan

Nota:

Bila saya melihat adik Yeoh Li Tian gambaran ikan Dolphin dan memori semasa AAG di Ancol, Jakarta bermain difikiran. YLT mempunyai bantal ikan dolphin sebesar tapak tangan. Bantal kecil ini dimasukkan dalam baju sebelum tidur.  Tiada siapa dibenarkan usik bantal kesayangannya.  Kebetulan semasa di AAG, kami ditempatkan di hotel yang mempunyai Taman Tema permainan. Terdapat pertunjukan life binatang laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Saya membawa anak-anak pemain bersama semasa free day. Saya katakan pada YLT 'now you can see the real Dolphin'. Pada hari itu memjadi kenangan gembira buat beliau. Kejohanan AAG bawah 8 tahun YLT mendapat tempat ke-5.  Ini juga kejohanan antarabangsa yang pertama buat beliau. Keluarganya tidak dapat sertai kerana kos agak tinggi dan belum ada penaja.

Taman Tema Pertunjukan Ikan Dolphin
Karektor ikan dolphin yang Bijak, Comel, berdisplin, Sensitif dan Rajin Belajar banyak mencerminkan karektor YTL

Yeoh Li Tian bersama Menteri Sukan YB Hannah Yeoh

Tahniah kejayaan bakal Grand Master Yeoh Li Tian. Menjuarai Kejohanan jemputan  Chesshub-MCF-GM-IM Invitational Chess Championshp  pada 28 July - 3 Ogos 2025. (Norm GM terakhir)

Yeoh Li Tian Bersama Presiden MCF dan Penaja Kejohanan

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

Mengenali 1st Grand Master Malaysia seawal 7 tahun - Yeoh Li Tian

7th ASEAN Age Group Chess Championship 2006, Ancol Jakarta Indonesia Head of Delegation : Haslindah Ruslan Nota: Bila saya melihat adik Yeoh...

Popular Post