Thursday, May 12, 2022

SUKMA EDISI KE-20 , MSN 2022 WP Kuala Lumpur (Sukan Catur Para SUKMA)

 

News: Berita Harian

TARIKH SUKMA XX : 29 Sept -8 Oct 2022

Sukan Dipertandingkan : 31 jenis sukan (16 Sukan wajib, 15 sukan pilihan)

Tarikh Para SUKMA:  29 Oct - 6  Nov 2022

FA Rizal Ahmad Kamal -  Naib Presiden OKU / Jurulatih Sukan Catur Paralimpik Malaysia

Info: 

Semalam saya menghadiri mesyuarat Program Inspire iTalent 2022 Peringkat WP  di Kompleks Belia dan Sukan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Objektif utama adalah mengenalpasti dan mencungkil bakat baru bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara dan seterusnya merealisasikan usaha kerajaaan untuk membudayakan sukan di dalam kalangan rakyat malaysia  tercapai.

Saya mendapat jemputan daripada saudara Abdullah Salim untuk bersama menghadiri aktiviti pemain catur Paralimpik untuk pasukan Kuala Lumpur.  

Pengerusi: JBS WP KL: En. Mohd Faidurrida bin Yusoff (kanan)
Pegawai JBS WP KL  En Mohd Shukri bin Hussain (kiri)

Bilik Mesyuarat: Aras G, Lembah Pantai, Kompleks Belia & Sukan Kg Pandan. WP

Saya bersama Cikgu Maya

Aktiviti Program Inspire iTalent 2022:      28 Mei 2022 (Sabtu). 8.30am - 1.45pm

Pengurus Pasukan yang hadir:

  1. Renang -   Pn Nordalila  Hassan
  2. Badminton - En Suhaimi Robini
  3. Boccia - Pn. Norma Budin
  4. Tenpin Boling - En. Nazrin Shashadin
  5. Ping Pong - En. Chang High Peng
  6. Powerlifting - En Cheok Kon Fatt
  7. Olahraga - Pn Julaidah Ahmad
  8. Catur - En Abdullah Salim


Note:

Saya melihat potensi catur di Para SUKMA sebagai jambatan daripada badan Induk MCF dapat  menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan memasukkan sukan catur di SUKMA yang akan datang.  Ini akan memberi impak yang sangat besar kepada pembangunan catur sehingga ke Persatuan Negeri. 

Saya pernah melalui proses dahulunya kerjasama daripada kementerian sukan dengan Women Sport Fitness of Foundation (WSFFM) / Majlis Sukan Negara (MSN). Dan kini penyertaan wanita bertambah dan mendapat pengiktirafan melalui kuota dan hadiah di setiap kejohanan catur.

Melalui kementerian Pendidikan, saya pernah melalui proses memasukkan sukan catur di Sukan Institute Pengajian Tinggi (SUKIPT). Dimana pemain di peringkat Universiti/ Politeknik. Pemain yang terpilih mendapat manfaat tajaan ke luar negara dan pendidikan biasiswa pembelajaran.  Ini memberi kredit besar kepada Atlet catur.

SUKIPT di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

SUKIPT di Politeknik Shah Alam, Selangor

Diperingkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) juga saya melalui proses memasukkan peningkatan penguasaan  teknikal iaitu pengunaan rating Kebangsaan & FIDE. Guru-guru sekolah juga melalui MCF mengadakan kerjasama kursus Jurulatih dan Arbiter diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. 

Semoga kejayaan sukan catur akan berterusan di masa akan datang. !!


2 comments:

  1. Macamana nak sertai pemilihan atlet?

    ReplyDelete
  2. Saudara Naga, sila email kepada saya butiran atlet kepada saya. email: birocaturwanitamcf@gmail.com / haslindahr@gmail.com

    Untuk paralimpik para SUKMA , pasukan catur Kuala Lumpur akan menghantar 10 pemain. Sekarang sedang membuat pemilihan atlet.
    sila beri nama, umur, lelaki / perempuan , no tel & email untuk dihubungi. Masih Terbuka kepada rakyat Malaysia yang betu-betul berminat main catur.

    Kategori
    B1: Total Blind
    B2: Partial Blind
    B3: Rabun
    Kecacatan Fizikal.

    ReplyDelete

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post