Thursday, March 31, 2022

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA - IMSAK DAN NIAT PUASA 2022 (1443 Hijrah)

 

        Niat Puasa INFO

Jadual Berbuka - IMSAK di Kuala Lumpur

Tarikh 1 Ramadan : 3hb April 2022 (Ahad)


Nota;

SALAM RAMADAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM .

Kejohanan Catur pada bulan Puasa: DC mall Chess Championship Fide 2022


Wednesday, March 30, 2022

PEMAIN BERDAFTAR RATING MCF (MCF Rating Membership Registration)


MCF Official Website  

MCF RATING SYSTEM INFORMATION

Sijil Pemain aktif: untuk 2 tahun.

 
Contoh Sijil  Penganjur berdaftar

Yuran Pemain :            RM 20.00  ( 2 tahun)

                                    RM 50.00  (selepas 1 Ogos 2022)


Bayaran kepada:          PERSEKUTUAN CATUR MALAYSIA

Akaun  CIMB Bank:   8000649725



Yuran MCF untuk Pemain / Arbiter / Jurulatih /  Penganjur Kejohanan

Maklumat untuk Penganjur Kejohanan


Sunday, March 27, 2022

ANTARA RENDANG DAN CATUR

 

 


Tarik diri daripada menyertai kejohanan Herosifu Chess Academy Rapid Open Tournament di Hotel Tenera, Bangi pada hari minggu kelmarin atas urusan keluarga.

Memilih untuk menghidupkan suasana menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan berkumpulnya keluarga diiringi doa selamat. Tidak ketinggalan masakan ‘Rendang Mak Bedah’ yang dimasak mengunakan kayu api dan kawah. Tradisi masakan Mak untuk disiapkan setiap tahun di rumah apabila menjelang bulan  Puasa, Hari Raya dan Hari Raya Korban.


Note:

Perubahan pengumuman bayaran rating oleh Organiser kepada MCF memangkinkan kejohanan yang bertaraf FIDE Rated. Ini adalah keputusan yang baik untuk para pemain yang bersemangat untuk menyertai kejohanan yang betaraf FIDE rating dan mengurangkan kos untuk pengusaha  Kejohanan.

MCF: New FIDE event rates


Senarai kejohanan yang direkomenkan untuk bulan April - Jun 2022

1.    23-24 April 2022: 1st DC Mall Chess Championship FIDE RATED Classical U1800
Link: Borang Kejohanan

2.       14-16 May: GACC Event
·       14 May: Age Group (Under 8,10 & 12)
·       15 May: Age group (under 14,16 & 18)
·       16 May: Open Teams

3.       20 – 22 May Classical GACC Event

4.       4-6 Jun : 5th KL Master U1800 2022

1st DC MALL Chess Championship FIDE Rated Classical U1800

Official Website: Catur Info - DC Mall

REGISTER ONLINE: ENTRY FORM


DATE: 23 & 24 APRIL 2022 (2 days)

Venue : DC Mall, Damansara Height, KL

Format : Classical Swiss 7 Rounds

Category : Classical U1800

30 minutes + 30 seconds from move 1

Entry Fees:    : RM90  & Unrated : RM120


Tournament Schedule

(23 April 2022 (Saturday)

Round 1 : 8.30am

Round 2 : 11.00am

Round 3 : 2.15pm

Round 4 : 4.45pm


(25 April 2022 (Sunday)

Round 5 : 8.30am

Round 6 : 11.00am

Round 7 : 2.15pm

Closing & Prizing Ceremony : 5.00pm

subject to change, the final shall be one decided during players's meeting on the night before the game

Player to manage own lunch and break time in between rounds (Non-Muslim Player)


Payment To:

AUFA NAJAH GLOBAL

OCBC Bank : 7861269389

(Kindly remark player's name & category during transaction).


Contact Person by WhatsApp:

📱NA Masha Naizli  019-3527371    

📱FA Emran 019-6675675

📱Pn. Amira 012-3556063


Please WhatsApp payment slip to 019-3527371 NA Masha Naizli bin Menhat) after payment done.

Sunday, March 20, 2022

A'DDAWIYAH ABD AZIZ : JUARA - EON Mall Shah Alam Open Chess Tournament 2022

Juara: A'ddawiyah Abd Aziz (1428)

Chess-results

Ke-3: Ava Arabella Sheikh Abdullah (1317) 

(Adik Arabella mengingatkan saya pada pemain kembar negara dahulu Geraldine John Putra)

Best Girl: Thamil Manni Swetha (1316)


Best Under-9


Arbiter & Organizer Kelab Catur Elite 18


Note:

Suatu yang luarbiasa apabila Kejohanan Terbuka Catur  dimenangi oleh seorang perempuan yang berumur 15 tahun daripada Bangi, selangor.  Ini mengingatkan saya kepada pemain wanita negara WIM Dr. Siti Zulaikha Fouzi

Saya mendapat firasat adakah  ini Juara?-  apabila adik Addawiyah yang baru pertama kali saya bertemu beliau yang secara tiba-tiba muncul di hadapan saya pada pusingan pertama dan memakai topi cap tertera "CHAMPION'. Hampir kami memulakan permainan pertama apabila ada keluarga pemain lain yang tegur beliau salah duduk . Kemudian beliau pindah ke sebelah kiri saya. 

Nota 2:

Al-Baaqiyatus Solehah Bt Ahmad 

  •  Adik Solehah yang salah satu pemain lawan saya yang baru berumur 7 tahun daripada Perak, Beliau telah mendapat 2 mata daripada pemain bawah 15 tahun.  Sangat bijak dan menguasai permainan dalam 1 tahun. Bintang cilik yang berbakat !!!

Dibawah pohon Sakura Pink bersama 'artis' catur popular ; Ellie (Arbiter) & Ezmi (Herocsifu)



Monday, March 14, 2022

AEON MALL SHAH ALAM OPEN CHESS TOURNAMENT 2022

 


TARIKH: 19 MAC 2022 (Sabtu)

Tempat: AEON Mall Shah Alam, Selangor

Yuran: RM35

Daftar: Borang Pendaftaran Online

Tarikh Tutup: 17 Mac 2022


------------------------------------------------

Nota:

Menyertai kejohanan di tempat yang pertama kali dan bertemu dengan teman-teman lama adalah satu memori yang dinantikan.

Saya mengenali penganjur Kelab Catur Elite 18, Pn Sandy Yanti dan teman serumahnya En Izani Asri.  

Pasangan ini  telah mencipta sejarah dan fenomena apabila kebanyakan kejohanan yang dianjurkan mendapat sambutan yang mengalakkan sejak tahun 2017 – 2021. Telah menerima  award ‘Malaysia Book of Record’ dengan penyertaan teramai .

Mereka bukan daripada pemain catur negara atau pegawai persatuan  negeri tetapi usaha yang tekat demi anak-anak dan pembangunan catur di kawasan persekitaran Putrajaya amnya.

Pn Sandy adalah pelopor awal mengunakan kaedah pendaftaran dan pembayaran secara online untuk memudahkan pengurusan akaun kejohanan dan menyemak kembali jika ada penipuan pembayaran daripada pemain.

Temubual Pn Sandy bersama en Emran Tamil (MCF Bendahari) Wawancara bersama  - Sandy Yanti

Foto daripada Facebook  Sandy Yanty Syaman

31st SEA GAMES 2022 : VIETNAM - SUKAN CATUR

 

IM Yeoh Li Tian

(Pemegang pingat Emas SEA Games 2019, Filipina)

Tarikh: 09 - 21 Mei 2022

Tempat kejohanan: Quang Ninh, Vietnam

Malaysia (MCF) telah menyenaraikan 10 nama pemain iaitu: MCF Official Website

1) IM Yeoh Li Tian
2) FM Wong Yinn Long
3) FM Lye Lik Zang
4) FM Lim Zhuo Ren
5) Poh Yu Tian
6) WIM Puteri Munajjah Az Zahraa Azhar
7) WFM Tan Li Ting
8) WFM Puteri Rifqah Fahada Azhar
9) WCM Sim Jia Ru
10) WCM Chua Jia-Tien

31st SEA Games 2022 - CHESS

.Daripada sukan Catur, 10 medal ditawarkan dengan 5 kategori Lelaki dan Perempuan.




Nota:

Dimaklumkan Pemain negara  No 1 Malaysia  IM Yeoh Li Tian akan bermain di kejohanan Herosifu Chess Academy Rapid Open 2022 di Hotel Tenera pada hari sabtu  26-27 March 2022.  Chess-results

Publisiti :  News from NST  


Tuesday, March 8, 2022

HEROSIFU CHESS ACADEMY RAPID OPEN TOURNAMENT 2022

 


New Date: 26 -27 March 2022

Venue: Hotel TENERA, Bangi Selangor

Closing Date: 10 March 2022

Registration Form:  Registration Online   

Official Facebook:  Herosifu Academy Facebook  

Info:    Information Event

List Player: Chess-results

Herosifu Academy : Official Website

MCF Calender 2022

Note:

Hari ini saya daftar online Kejohanan ini untuk sokongan sukan catur.

Sunday, March 6, 2022

4th KL MASTER U1800 2022

 

Thamil Manni Swetha (1316), Best Girl (5/8 points)   

Chess Result 

Seramai 105 pemian menyertai kejohanan ini yang berlangsung 2 hari pada 5-6 Mac 2022.

Sistem pendaftaran yang sangat  mudah,  Pemain perlu  isi  malumat dalam borang yang disediakan dalam internet beserta sijil My Sejahtera dan Resit pembayaram.

Secara automatik  akan di jemput ke whatsApp group pemain dalam 1 hari.

Semua maklumat ke lokasi, jadual kejohanan dan maklumat terkini dimaklumkan sebelum kejohanan.

Player meeting dijalankan secara Zoom Online oleh Arbiter Samsuddin Sabri. Segala makluman teknikal permainan di update 2 jam selepas meeting 9.30 malam. Saya  telah dilantik sebagai salah seorang Appeal Committee

Kejohanan berjalan lancar, tempat yang selesa dan yuran Classical FIDE yang berpatutan.



Bersama arbiter yang bertugas:  Ketua Arbiter FA Emran Mohd Tamil (Bendahari MCF) & Ellie Emira Shamimi

Tag Nama diberikan kepada pemain selapas ditunjukkan status My Sejahtera terkini  sebelum  game pertama bermula,




Pertama kali menggunakan Clone e-score sheet semasa kejohanan untuk board 13-16 yang digunakan oleh pemain Orang Kurang Upaya  (OKU). 

12 DGT board teratas dipaparkan secara Online live

1st Board Round 8



Penghargaan kepada Cikgu Suhairi Hussin yang telah mendapat sponsor tempat bermain yang selesa di Hotel Nexus, Shah Alam  dan aktif  menjayakan kejohanan KL Master bersiri. Dijangkakan pada bulan May / Jun akan diadakan sistem  kejohanan yang sama.  

https://www.instagram.com/tv/Cawh-LqJzCT/?utm_medium=share_sheet

Website KL Master


Salam dari Pemerhati dan pemain catur..

Linda Ruslan

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post