Monday, April 25, 2022

FIDE QUEENS' ONLINE CHESS FESTIVAL 2022 - Perspektif Permainan Online dari sudut IQ, EQ & SQ



Tarikh Kejohanan : 5th - 26th Jun 2022
Tarikh tutup sebelum: 29 May 2022

Asian Online Blitz Qualification,: 12. 06.22

Yuran Pendaftaran :    RM 70 (MCF ID)
                                    RM 100 @ 10 Euro ( Tanpa MCF ID)



  • Untuk Wanita sahaja
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perspektif Permainan Catur Online dari sudut IQ, EQ & SQ

Permainan catur secara Online adalah fenomena baru di alam maya sejak pendemik covid melanda dunia pada 3 tahun lepas.  Malaysia juga tidak terkecuali daripada tempias dan mengakibatkan tahun 2020-2022 kebelakangan ini kejohanan di papan catur semakin hambar dan digantikan secara altanatif permainan catur diatas talian.  Tetapi apabila Kerajaan Malaysia melalui Pesuruhjaya Sukan Malaysia (COS) membenarkan sukan catur dipertandingan dengan syarat ketat SOP dan kelulusan bersyarat, terdapat nafas baru bagi peminat catur yang mengemari bermain di atas papan catur (On the board) sejak 5 bulan kebelakangan ini. 

Pada pendapat saya, permainan secara online terbatas penguasaan IQ yang tinggi. Pemain - pemain muda digalakkan menyertainya, kerana ianya lebih mengunakan minda logik untuk mengira dan menghafal dengan  kecepatan.    

Manakala permainan catur secara yang asal merangkumi keseluruhan melibatkan penguasaaan minda EQ (Emosional Quatient = Kecerdasan Emosi)  dan  SQ (Spritual Quatient = Kecerdasan Ruhaniah). Dimana ia menjurus ke arah kawalan emosi , skil, pergaulan dan mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain .

Saya pernah bertemu pemain yang membawa chess set sendiri dan pemain ini akan membersihkan buah-buah catur sebelum bermain kerana beliau sangat trauma kepada kebersihan.  Ada segelintir pemain yang terlalu rigid dan tidak selesa jika buah catur tidak diletakkan tepat di tengah-tengah kotak papan catur. Pemain ini kadang kala selalu membuat ‘adjust’ semasa permainan. (perfectionist disorder)

Permainan secara di atas papan juga memerlukan kesihatan badan yang baik. Kadangkala pemain terganggu  dengan bunyi dan  batuk yang berpanjangan. Ianya akan menganggu kejohanan dan oppenent pemain



Pemain wanita terkini yang aktif  di Malaysia adalah seramai 49 orang sahaja.

Dijangkakan pada hujung tahun ini pemain akan bertambah melebihi 100 orang pemain.  

Saya yang berkedudukan  no 15. 

Sunday, April 24, 2022

1st DC MALL Chess Championship U1800: MODEL KELAB PEMBANGUNAN CATUR KOMUNITI DI BANDAR

                                    Macario Simone Maria (Italy) Vs Haslindah Ruslan (MAS)

Kejohanan 1st DC Mall Chess Championship U1800 (FIDE Rated Classical) berlangsung selama 2 hari pada tarikh 23-24 April 2022 yang telah berakhir  semalam.  Seramai 136 peserta dan 8 pusingan-swiss dijalankan dan  di sertai daripada 8 buah negara iaitu Bangladesh, Vietnam, China , Perancis,  India, Italy, Syria dan Malaysia.  Saya berpeluang bermain dengan peserta daripada Italy di pusingan ke-8 iaitu saudara Simone yang bekerja di syarikat sendiri di Kuala Lumpur, Malaysia selama 5 tahun di bidang AI (Artificial Intelligent)

Tempat Kejohanan: DC Mall, Damansara, Kuala Lumpur




 Tournament  Registered rating FIDE  AUSTRALIA

Saya berpendapat kejohanan Classical Fide Rated yang diadakan pada setiap minggu di Klang Valley, boleh menjadi model pembangunan komuniti  catur yang sihat di bandar.  Ini merujuk kepada pendaftaran kejohanan di negara Australia yang diadakan pada setiap bulan dan tarikh kejohanan telah siap berdaftar sehingga ke tahun hadapan di kelab-kelab catur.

Untuk suasana di Malaysia, pemain bandar lebih bebas dan gemar diadakan di Hotel atau di Mall Shopping Complex dimana tempat makan dan hotel mudah ditemui dan berdekatan.  Kejohanan ini juga tempat dimana keluarga berkumpul dan teman-teman sekolah dan kerja lama bertemu.  Disamping itu dapat juga menambah ilmu catur dan  kenalan.

Dijangkakan  1st DC Mall U1800 akan diadakan selang 2 atau 3 bulan sekali di sini. FA Emran Tamil sedang  berusaha mendapatkan  kelulusan tarikh pada siri yang kedua daripada Badan Induk MCF.

   Organiser & Arbiter
FA Emran Tamil  dan Pn Sendy Yanti 

Masha Nazli Menhat (Tournament Director) - right

Kejohanan Catur juga tempat pemain anak-anak cilik didalam pembentukan jati diri.  Terdapat sekumpulan keluarga mendidik pembentukan karekter pemain didalam sukan catur.


Kaum ibu sebagai  penolong kejohanan dan  pendaftaran

Note Kejohanan Fide Rated di bulan hadapan;

Wednesday, April 13, 2022

25th GACC CHESS CHAMPIONSHIP 2022 ( 4 EVENTS)



ORGANIZER: Tuanku Bahiyah Second Residential College, University of Malaya, Kuala Lumpur 
Co-Organizer : Malaysian Chess Federation (MCF)
Supported by : Kuala Lumpur Chess Association

ENTRY FEES: 
Early bird fees- register by 20/4/22 

1. Age Group- Early bird RM50 Normal RM60

2. Open (Rapid FIDE)- Early bird RM60 Normal RM70 

3. Open team (Rapid FIDE)- (per team) For U16 teams, Early bird RM200, Normal RM250
For above 16 teams, Early bird RM250, Normal RM300

4.  25th GACC Grand Classical Chess Championship  2022
Categories Fees
GM, WGM, IM, WIM, FM and WFM RM 100
Individual Registration RM 120
Group Registration (Group of 4) RM 432
Group Registration (UM students) RM 414
Accompanying Personnel RM 74

Details

1.  GACC x Empro Age-Group Chess Championship 2022
Date :14 May 2022 (Saturday) U8, U10, U12

15 May 2022 (Sunday) U14, U16, U18

Time : 9.30 a.m. to 8.00 p.m.
Venue : KL Gateway Mall
Format : 7 Rounds Rapid Swiss
Time control : 20 minutes each
Closing date
: 27 April 2022

REGISTRATION ONLINE

2.  25th GACC x Empro Open Chess Championship 2022

Date : 15 May 2022 (Sunday)
Time : 9.30 a.m. to 8.00 p.m.
Venue : KL Gateway Mall
Format : 7 Rounds Rapid Swiss
Time control : 20 minutes each
Closing date : 27 April 2022


REGISTRATION ONLINE

 25th GACC x Empro Open Team Chess Championship 2022 (FIDE RATED)

3.  GACC x Empro Open Team Chess Championship 2022
Date : 16 May 2022 (Monday)
Time : 9.30 a.m. to 8.00 p.m.
Venue : KL Gateway Mall
Format : 7 Rounds Rapid Swiss
Time control : 20 minutes each
Closing date :
27th April 2022


4.  25th GACC Grand Classical Chess Championship  2022

Date : 20-22May 2022 (Friday-Sunday)
Time              :8am - 6:30pm (20 May)
                       8am - 7:30pm (21 May)
                       8am - 9:45pm (22 May).
Venue :Dewan Umarak Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, University Malaya 
Format : 8 Rounds Rapid Swiss
Time control : 60min+30s 

Closing date : 10th May 2022

Registration Form

General Invitation letter

Rules & Regulation

Registration Guideline


How to register?🙋🙋

E-PAY @UM tutorial:

https://drive.google.com/file/d/1OoDcHAi3WvagJxH16YpZkb_S96EJjoq_/view?usp=sharing

Reminder🔔🔔

Please kindly complete your payment via E-PAY @UM before filling in the online google form. Register now! Spots are limited!💨

 Tournament SOP: https://drive.google.com/file/d/18qW1KgE3VCGFRQ3a3fV5OZoW4rhVTzLw/view?usp=sharing


If you have any enquiry, kindly contact us for more information via

️Email: gacc25thdelegateaffairs@gmail.com

📞Telephone/Whatsapp Number:

Mr. Melvyn Quek Ter Mi (Delegation Director- +6011-7313 6979)

Ms. Soo Hui Fong (Delegation Director- +6011-7292 5312)

Mr. Peter Tee Wei Jie (Chief Director- +6017-981 0655)



Tuesday, April 12, 2022

ISSUE DAN PENDAPAT NATIONAL RATING DARI PANDANGAN PENOLONG SETIAUSAHA & BENDAHARI MCF

  
Iwan Schani Ibnu (Penolong Setiausaha MCF) 

MENGHIDUPKAN KEMBALI SISTEM NATIONAL ID/RATING MENERUSI MCF RATING SYSTEM DALAM DUNIA CATUR MALAYSIA.

  1. Rating kebangsaan atau National Rating (NR) telah lama diperjuangkan, dan diwujudkan pada tahun 2013 dan dihentikan pada tahun 2017 kerana ketika itu sentimen ingin mempromosikan Kejohanan FIDE dan rating FIDE perlu diberikan keutamaan.
  2. MCF National System kini dihidupkan kembali bukan semata-mata untuk meraih sumber kewangan seperti dilemparkan tanpa asas oleh sesetengah individu.
  3. Tetapi POTENSI kearah keperluan untuk merancakkan aktiviti pembangunan catur diperingkat akar umbi menerusi seminar, bengkel, kejohanan mahupun kebolehpasaran market catur, menilai keaktifan atau tidak aktif pemain-pemain di Malaysia yang mampu kita kenalpasti secara sistematik melalui sistem, dan seterusnya memberi penghargaan kepada pemain-pemain yang dikenalpasti peningkatannya, pemain terbaik tahunan mahupun identiti bakat baru yang selama ini kita tidak mempunyai sistem yang komprehensif.
  4. Kita perlu sedar realitinya ramai lebih pandai bercakap, mengkritik untuk perubahan dan pembangunan catur tanpa pengorbanan melalui usaha yang ingin didirikan. Dan setiap perubahan itu memerlukan pengorbanan untuk sama-sama merasai manfaat bersama pada masa hadapan kelak.
  5. Dengan kepimpinan Persekutuan Catur Malaysia yang ada pada hari ini, kami melakukan apa yang terdaya bagi memastikan pembangunan dan sistem yang jauh lebih baik dari sebelumnya dapat didirikan, sekalipun risiko itu datang dari kecaman beberapa individu itu sendiri. Kita dapat lihat juga “transparency” dan “Accountability” menerusi website utama MCF yang sentiasa kami paparkan untuk mereka yang berhajat untuk mewakili negara.
  6.  Kami sentiasa mengalu-alukan dialog bersama mana-mana pihak untuk memastikan agenda pembangunan catur di Malaysia dapat dilaksanakan dengan jauh lebih baik. Kita perlu sedar juga realitinya MCF bukan seperti BAM atau FAM, kita tiada Tan Sri mahupun YB untuk membantu dana pembangunan catur di Malaysia. Jadi mewujudkan “sustainable” kewangan mampu memberi impak besar kembali kepada komuniti catur tanahair.
  7. Disamping MCF dan komuniti catur itu sendiri bersama-sama menghasilkan kerjasama dan saling memerlukan kepercayaan yang utuh menerusi National Rating System ini, kita perlu memastikan lebih ramai berpartisipasi bukan sahaja dalam kejohanan semata-mata, tetapi menyumbang kearah idea dan perlaksaan bagi memastikan catur ini bukan sahaja tertumpu kearah kejohanan, tetapi meliputi pembangunan akar umbi menerusi pendidikan catur, idea Inovasi dan IT dalam perkhidmatan mahupun produk catur, serta penekanan kepada mempopularkan sukan catur menerusi marketing dan promosi serta idea lain yang mampu membantu komuniti catur Malaysia.
  8. Justeru itu, lihatlah usaha MCF ini menerusi kaca mata jelas dan demi masa depan komuniti catur, bukan dengan kaca mata kanta rabun dekat yang hanya menilai keberkesanan sistem ini dengan RM20 semata-mata. Adakah wajar dengan mempersoal RM20 ini, kita harus hapuskan sistem ini hanya semata-mata hendak memuaskan hati kepentingan individu tertentu yang tidak mahu bayar?
  9. MCF sedia mendengar dan berkhidmat walaupun di pihak kami ada cacat celanya, namun teguran baik dan berdialog adalah solusi terbaik untuk kita sama-sama membangunkan sukan catur ini. 

Selamat berbuka puasa.

Iwan Schani Ibnu

Penolong Setiausaha

Persekutuan Catur Malaysia

_______________________________



 
Emran bin Mohd Tamil (Bendahari MCF)

FB: Emran Mohd Tamil: https://www.facebook.com/emranmt

Polemik pengenalan kembali rating nasional

seminggu dua nie hangat betul di whatsapp whatsapp group dan tak ketinggalan juga status dan komen komen di facebook.... pengenalan national rating yang datang dengan yuran dwi tahunan RM20 seakan menjadi bola tanggung yang terus menerus di smash setiap minit dan detik.... walaupun panas.... perbahasan perbahasan seperti perlu ada juga supaya komuniti dapat menyumbang buah fikiran dan memberikan feedback... malah diskusi diskusi hangat ini membuktikan mereka sayangkan masa depan catur kita... ia bukti ramai yang cakna dengan catur...

tapi bila melihat ada komen yg agak ter'over'... rasanya takleh dok diam sangat.... kene counter jugak sikit sikit.... jadi dalam kesibukan kita dengan kerja hakiki dan tournament pertama di Damansara City Mall kita cubalah amik masa sikit ke depan juga memberi sedikit penjelasan supaya dapat dirungkai sedikit kekeliruan....

yang pertama... di mana rasional nya pengenalan semula national rating ini tatkala kita masih lagi bertatih utk menyeluruhkan fide rating? tentulah di sini adalah dua pendapat... pendapat yang pertama sebaiknya kita teruskan aja dengan fide rating kerana national rating tidak diiktiraf pun di luar negara... pendapat kedua adalah pengenalan national rating ini penting utk memastikan pencatur pencatur di luar bandar mendapat rating yang boleh digunakan utk mengukur kemajuan mereka di dalam sukan catur.. ini kerana dikatakan tournament fide rated sangatlah kurang di luar kawasan Kuala Lumpur dan ini menyebabkan kelompok kelompok pemain luar bandar ketinggalan kerana mereka tidak ada peluang untuk bermain kejohanan fide rated... kalau di lihat sejarah dahulu... semasa zaman ada national rating, national rating sememangnya jauh lebih meluas, ini kerana kos untuk membuat tournament national rated jauh lebih rendah berbanding tournament fide rated... kedua dua pendapat ini ada kebenaran dan kedua dua pendapat ini ada penyokong masing masing.... secara jujur saya lebih hampir kepada pendapat pertama (yang mana sebab ini lah saya suka mempromosi pelaksanaan kejohanan fide rated) tetapi saya akur terdapat kebenaran untuk pendapat yang kedua... jurang yang jauh di antara pemain bandar dan luar bandar ter'wujud' apabila kita menggunakan rating fide secara eksklusif...

dari aspek kewangan pula.... pada ketika ini antara sumber kewangan mcf adalah kutipan yuran kejohanan...yuran pendaftaran fide id... yuran permohonan arbiter dan juga yuran pentadbiran... sebelum rating nasional dimansuhkan, kejohanan national rating juga memberi income kepada mcf tetapi apabila nasional rating dimansuhkan maka income kejohanan mcf terhad kepada kejohanan kejohanan fide sahaja.. berapa kerat sangatlah tournament fide berbanding tournament unrated... jadi pengenalan semula national rating ini adalah untuk untuk membolehkan mcf 'tap' kembali segment kejohanan yang bukan fide rated...

berkenaan tohmahan seperti mcf nak hambut semua duit... amboi..amboi.... kalau kita nak hambut.. kita paksa dah pendaftaran tuh... tetapi pendaftaran ini bukannya diwajibkan... ianya hanya untuk pemain yang mahukan rating nasional ini.... seandainya yuran dwi tahunan ini (pada masa ini dengan yuran pengenalan adalah RM20) dirasakan terlalu tinggi... maka berikan feedback kepada persekutuan catur malaysia untuk mereka pertimbangkan... jangan nafikan hak pemain yang mahukan nasional rating ini demi kelompok yang sebenarnya memang tak mahu national rating pun... (awak taknak makan nasi arab chef ammar jgn lah suruh gomen tutup kedai chef ammar,orang lain tetap nak beratur panjang nak merasa!... camtue lah bidalan walaupun sememangnya tak tepat dan ini memberi bola tanggung yang baru!)... jgn smash!hehe

dari segi kos untuk penganjur.... kalau kita rujuk implementasi dahulu.. dahulu organizer perlu bayar RM3 setiap pemain apabila kejohanan hendak ditarafkan di dalam nasional rating tetapi yuran ini ditukar kepada fixed amount RM100 mulai 2023... jadi sepatutnya lebih murah (melainkan tournament awok cuma ada 33 orang maka rate lama itu akan lebih murah!)

kepada yang tidak nampak atau sengaja tidak nampak.... mulai april 2022 yuran pelaksanaan untuk fide rated classical telah dikurangkan dari RM500 kepada hanya RM300 pada waktu ini... ini untuk mempromosi pelaksanaan kejohanan catur klasikal di malaysia... bila kita kurangkan memang takde siapa yang nampak... semua cuma terbeliak apabila dinaikkan aja...

ada juga yang marah marah mengatakan kenapa MCF mengutip duit? Salah ker persatuan mengutip duit untuk servis yang diberikan? adakah anda lebih suka kepada persatuan yang bankrap dan tidak ada keupayaan kewangan berbanding dengan persatuan yang lebih sihat status kewangannya? adakah anda tahu pada hujung 2018 komuniti pencatur malaysia nyaris di 'delist' kan dari rating fide kerana hutang kepada badan dunia yang hampir mencecah enam angka ringgit malaysia (~19k euro)? mujur dengan rundingan tengku bersama fide beserta pelan pembayaran bulanan perkara itu dapat dielakkan... Alhamdulillah semua hutang itu telah diselesaikan menjelang 2020 dan status kewangan kita adalah lebih baik kini...sebelum pandemik ... yang rancak menyumbang kepada poket mcf adalah aktiviti aktiviti kejohanan.. pelaksanaan mcf rating ini adalah untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan mcf...

apa kepentingan status kewangan yang lebih baik untuk persatuan? tahukah anda perbelanjaan untuk skuad sea games catur kita ke vietnam pada 2022 ini untuk 10 pemain kita dapat taja hampir sepenuhnya dengan kos menghampiri RM30k menggunakan kewangan dalaman kita... jumlah 10 pemain ini adalah 2.5 kali ganda dari saiz pasukan sea games 2019..... pada tahun 2019 ada calon pemain sukan sea yang menarik diri apabila persatuan tidak dapat memberi komitmen tajaan kerana kita masih belum stabil ketika itu... tahukah anda pada hujung tahun 2021 lepas kita dah berikan geran aktiviti RM1000 untuk setiap negeri membuat sebarang aktiviti dan ini memang kita rancang untuk teruskan lagi apabila kita mampu.... lebih kuat financial standing mcf lebih banyak usaha pembangunan yang boleh dijalankan.... kita belum kukuh lagi sebab kita terkesan juga dek covid 19... tetapi tapak dan directionnya kita cuba supaya menuju ke arah itu...

ada juga yang mengatakan MCF terpaksa caj pemain kerana gagal mendapatkan dana dari badan korporat dan geran geran... iya mungkin di sini kita masih lemah dan boleh diperbaiki lagi... atas dasar itulah kita membuat kolaborasi dengan ATCEN mulai februari 2022 untuk membuka jalan kita dengan syarikat syarikat korporat untuk permohonan tajaan.. boleh lihat posting februari di laman sesawang mcf... tetapi contribution korporat kita bukanlah tiada....dari segi track record kalau dirujuk laporan kewangan beraudit MCF

-2019... tajaan korporat RM30k

-2020... jumlah tajaan korporat kita RM25k dan tajaan geran kita RM28k (total melebihi RM50k)

-2021-22... report belum audit.. saya takleh petik lagi tapi figure dekatlah dengan 2020... baru bulan lepas pun kita dapat lagi geran latihan RM15k dari OCM atas usaha en najib dan sumant yang bekerja keras memohon peruntukan latihan itu secara tahunan sejak 2020.. insyaAllah kita cuba tingkatkan lagi penajaan dari badan badan korporat ini.. anda pun boleh turut membantu kami mendapatkan tajaaan tajaan ini...

rasa cukuplah bebelan malam nie... jangan marah marah yer.... teruskan diskusi sihat..... presiden pun dah sebut kita akan buat sesi penerangan kepada komuniti... semua feedback boleh sampaikan....

adiosssss duluk.... sambil sambil tue yang belum daftar 1st Damansara City Mall 23-24 April 2022 nie meh lahhhh... jgn segan segan.... bleh register kat http://www.catur.info/dcmall ... baru 70 orang... mana tahu andalah juara baru siri klasikal U1800 dengan hadiah RM1000 ! dan selamat berpuasa!!!

"It is better to light a candle than curse the darkness"

 

Emran Mohd Tamil

Bendahari MCF

_____________________________________

Note:

Saya percaya komuniti sekarang lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima untuk menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak MCF dengan AJK yang baru.  Semoga perkembangan dan pembangunan Catur yang lebih sihat pada masa yang akan datang.

Saya sudah mendaftar,  Anda bila lagi?

No ID: Pemain berdaftar yang ke-20



Thursday, April 7, 2022

5th KL MASTER U1800 CLASSICAL 2022

 

OFFICIAL WEBSITE

REGISTRATION FORM - ONLINE


🗓️Date : 25th - 26th June 2022

🏢Venue : Nexus Regency Suites & Hotel

♟️Format : Classical Swiss 8 Rounds

👑Category : U1800 Classical

🏆Rules & Regulations:

✅30 minutes + 30 seconds from move 1

✅Classical Swiss 8 Rounds

💰Fee👇

International : RM150

Rated Std : RM100

Unrated : RM130


📌RM5 Early Bird Discount for registration before 30th April 2022

📌Closing 12th June 2022

📌After Closing Penalty RM20 (subject to availability).


⏰Tournament Schedule

(25th June 2022)

Round 1 : 8.30am 

Round 2 : 11.00am 

🌮Lunch Break

Round 3 : 2.15pm 

Round 4 : 4.45pm 


(26th June 2022)

Round 5 : 8.30am 

Round 6 : 11.00am 

🍝Lunch Break

Round 7 : 2.15pm

Round 8 : 4.45pm

Closing & Prize Ceremony : 7.00pm

*subject to change, the final shall be one decided during player's meeting on the night before the game*


🍕Player to manage own lunch break time in between rounds.


💵Payment To:

Tan Wei Hao

CIMB : 7066 8840 65

(Kindly remark player's name & category during transaction).

Please WhatsApp payment slip to 016-2326535 (Mr. Tan Wei Hao) after payment done


Contact Person by WhatsApp:

📱En. Masha Naizli  019-3527371    

📱Mr. Tan Wei Hao 016-2326535

📱Cikgu Suhairi  013-7107057


Note:

Related news: 4th KL Master U1800 - Review

Wednesday, April 6, 2022

Ada Apa Di HOTEL HANG TUAH HERITAGE, MELAKA (HOTEL ABADI)

Tahun 2012 Hotel ini pernah menjadi tempat gelanggang Kejohanan Catur MELAKA 750th Years International  Chess Festival. Dimana mantan  Ketua Menteri Melaka iaitu Dato  Seri  Ali Rustam  selaku penaung Kejohanan Catur Antarabangsa Melaka.

 

Selama 3 bulan kertaskerja, mesyuarat bersama Ketua Menteri Melaka bersama Adun Negeri  di pejabat  Yayasan Melaka diadakan dan publisiti meluas telah dilakukan. Kejohanan ini telah Berjaya dianjurkan dibawah Persekutuan Catur Malaysia (MCF)



Sekarang hotel ini sepi dan suram tidak beroperasi sejak 6 tahun yang lepas.

 



Imej dan memori lalu datang Kembali.

Kini syarikat tempat saya bekerja  terlibat di dalam proces pemilihan kontraktor dan Imej Hotel sesuai kehendak Client mengikut budget yang diperuntukan.

 

Note;

Ada beberapa konsep yang menepati ciri-ciri senibina heritage Melaka memandangkan lokasi bangunan terletak berhampiran tempat sejarah.

 

Element seperti

Tangga Batu Melaka, Jubin Seramik berwarna warni dan bermotifkan flora

 


Motif Ukiran kayu di dalam masyarakat Melayu dimana Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pola Bujang: Motif Bunga Matahari, Perang Rusuk dan Bunga Cina

Pola ukiran tembus

Pola lengkap: Motif Sulur dan Daun & Bunga Semangat

  • Jubin yang ada di pasaran:

Jubin jenama KINGRESS: ETHNIC

Note 2: 

Semoga dipermudahkan dan  dijangkakan 2 bulan ini akan bermula perlantikan kontraktor dan memulakan kerja, 

Dokumen lain masih confidential. 


Tuesday, April 5, 2022

ASEAN Zone 3.3 Youth Chess Championship 2022 - TORNELO Online platform

 


MCF News

REGULATIONS

DATE:  19 - 21 April 2022

ENTRY FEES: RM 150 @  RM 120 ( Registration MCF Player)

DATELINE: 10 APRIL2022

TORNELO Online platform.

Hosting: National Chess Federation of the Philippines (NCFP)


Payment  to: PERSEKUTUAN CATUR MALAYSIA (CIMB 8000649725)


LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post