Thursday, January 5, 2012

Bintang Tahun Baru : Women International Master WIM MEDINA WARDA AULIA (2135 -INA)

 WIM Medina Warda Aulia (2135)
CHAMPION:  2nd ASEAN (Women) Individual Championship 2011
Singapore: 26-31 Dec 2011 

 Rating Progress Chart: WIM Medina Warda Aulia

Pada tahun ini, jiran kita Indonesia, pemain WANITA nya  telah meningkat prestasi mereka dengan cemerlang mengatasi Negara ASEAN yang lain. Selain mereka memiliki WGM Irene Karisma Sukandar (2325) sebagai pecatur No:1 wanita Indonesia.  Di Barisan pelapisnya tersenarai  2 pemain remaja  sedang meningkat naik iaitu
 WIM Sihite Chelsia Monica (2193)
WFM Dewi Aa Citra (2152)

Ketiga-tiga pemain ini adalah pemain SEA Games 2011, Palembang , Indonesia di acara Rapid dan Blitz event.     Mereka juga sering menyertai kejohanan KL Open dan Merdeka Berpasukan (Dream  Girls team) di Kuala Lumpur 2010/11.
SEA GAMES 2011 
  Lin Dwijayanti  (2025) & WFM Evi Lindiawati (2075) 
menjadi Jurulatih Wanita Indonesia

Pemainan Catur adalah sukan teras Indonesia dan amat popular dikalangan penduduknya.  Kejayaan yang dicapai melalui:
  • 1.        GM Utut Adianto (photo)
            – Selaku Senator & Naib  Presiden PERCASI
  • 2.       Sekolah Catur Utut Adianto (SCUA)
         -Cabang Disetiap cawangan daerah dan mempunyai sistem pembelajaran yang terancang dan  tersusun.  
        - Mr..Djoni (Manager pengembangan Pusat) &  Mr.Kristianus Liem
  • 3.       Sokongan Kerajaan  melalui kementerian sukan; menyalurkan  Dana Pusat
  • 4.       PERCASI :  Persatuan Catur Seluruh Indonesia : Melengkapkan Jurulatih inport  GM Ruslan  Scherbakov untuk team elit dan sokongan IM& GM tempatan kepada pemain utama negara.
 GM Ruslan  Scherbakov
WIM Medina mendapat latihan Insentif dari GM Ruslan Scherbakov: 6-8 jam sehari selama 2 tahun

Semasa saya di Palembang , dimaklumkan peruntukan pada tahun 2011 untuk pembangunan catur melibatkan dana 2 Juta USD.  Pada masa akan datang,  Bandar Palembang akan menjadi Pusat Latihan Sukan Indonesia dan akan terbentuk satu Universiti/Instituasi Catur.
 FIDE Rating Women (INA) : Jan 2012 (click )

Walaupun pemain aktif wanita Indonesia hanya 15 orang sahaja berbanding dengan Malaysia (33 orang) Kejayaan mereka membangkitkan semangat dan cabaran  kepada Negara ASEAN umumnya. SYABAS - INDONESIA  BISA!!!!!!
.

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post