KUALA
LUMPUR –
Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini memilih Sultan Kelantan, Sultan
Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember
ini untuk tempoh lima tahun.
Menurut
kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed
Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Dis ini untuk tempoh lima
tahun.
Sultan Perak,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan
Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Mesyuarat
Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara
hari ni dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra
Jamalullail.
Selain Raja
Perlis, mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku
Abdul Halim Mu’adzam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Turut
berangkat ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan
Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Perak
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Mesyuarat itu
berlangsung selama kira-kira satu jam.
Ketika ini,
jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim
berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan baginda akan
berakhir pada 12 Disember ini.
Jika
berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja,
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-15.
Terdapat
beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja
menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti
baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong
dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain
itu, baginda
yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan
teratas, mendapat
sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain,bukan Raja yang telah
memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal
berturut-turut.
Mengikut
kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam
senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang
di-Pertuan Agong.
Sembilan Raja
berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam
senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih
sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Proses yang
sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan
memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di
dalam negara atau kerana keuzuran. – Bernama
No comments:
Post a Comment