Friday, February 18, 2011

PAIRING CARD

Saya mendapat email pertanyaan daripada Pn. Nooaziah daripada Sabah untuk mendapatkan contoh kad Pairing.

Pairing kad ini adalah sistem manual swiss-paring yang asas di gunakan sebelum pengunaan komputer untuk Pasukan dan Individu.  Sekarang penggunaan program swiss-46 (individu), swiss manager ( Pasukan & Individu) meluas digunakan untuk mengendalikan kejohanan.

Saya mula mempelajari pada awal 90-an di Kejohanan Catur Merdeka berpasukan  dan Individu BPM (PCMM Event) di PWTC.  Guru terawal saya adalah IA Ibrahim Yaakob. Selanjutnya pemahaman daripada IA Hamid majid & IA Latif Mohamaed.

Cara pengunaan manual
- Digunakan kadang kala sebagai back-up jika berlaku black out (terputus bekalan elektrik)
- Sesuai digunakan jika bilangan kurang daripada 36 pemain.

Cara-cara pengunaan
Semua pemain  menpunyai No Ranking mengikut susunan kekuatan rating.

Contoh jika ada 16 pemain bermain 4 pusingan.
Pusingan 1
No 1  bertemu No 9 ( Putih vs Hitam)
No 2 bertemu No 10 (Hitam vs Putih)
(Dan seterusnya).

Pusingan Ke-2-4
1.Kad pairing akan dimulakan daripada  ' 2 kad pair' mata teratas
2.Diikuti pairing dengan '2 kad pair' mata yang paling rendah
3. Pairing  '2 kad pair' mata dibahagian diantaranya
Pastikan pemain tidak mendapat warna hitam/putih 3kali berturut-turut
Note: Exp: 3.5 vs 3 mata, 3 Vs 3 mata, 3 Vs 2.5 mata..  pemain tidak akan bertemu dengan 4 Vs 3 mata jika ada pemain lain mempunyai 3.5 mata. Pemain juga tidak akan bertemu 3 Vs 2 mata jika ada pemain mempunyai 2.5 mata.

Final standing (penentuan kedudukan terakhir pemain)

Sistem Tie Break (jika mata sama)
1. P.E. (pertemuan kemenagan jika pernah bertemu)
2.Cumulative Score (Kutipan mata turutan)
3. T. Break-  Kutipan mata 'oppenent' lawan

Baru-baru ini sistem manual ini saya gunakan semasa sambutan Hari Wilayah - Integrasi bersama pemain OKU di Dataran Merdeka.  Memandangkan bilangan yang sedikit dan tiada power point elektrik untuk komputer dan sebelumnya tiada perancangan  untuk diadakan kejohanan.

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post