Board 14: Pusingan ke-7 daripada 8 pusingan di kejohanan Classical FIDE rated di 14th U1800 KL Master 2024 bertempat di Hotel Nexus, Shah Alam, Selangor. (30 minit + 30 saat / 2 hari / 8 pusingan)
Untuk pertama kalinya dalam seumur hidup saya menghadapi situasi untuk claim ‘50-move Rule’ di mana posisi endgame Queen +King Vs Queen +King + pawn di h-file. Saya faham kedudukan ini adalah seri (draw) tetapi perlu buat check pada king untuk 50 pergerakan tanpa ada perubahan kecil pergerakan pawn. Jika ini berlaku maka perkiraaan akan bermula pada kosong semula. Akhirnya saya kandas pada move 139 yang berlangsung selama 3 jam 30 minit. (Kesimpulan : kena buat check pada king pada jarak yang jauh untuk mendapat banyak sudut check)
Pemain yang saya hadapi adalah saudara Chiew Zhi Cheng Brilliant (1676). Seorang penuntut yang belajar di Swinburne University Technologi juga pemain SUKMA negeri Sarawak.
Dimaklumkan di kejohanan ini di meja papan 1 - 30 disediakan elektronik scoresheet tablet “Clono”. Iaitu alat elektonik I-pad yang diakui oleh badan FIDE dan mudah diikuti permainan catur secara live di internet. Pemain berwarna hitam akan mencatat pergerakan di tablet scoresheet Clono manakala pemain putih mencatat pergerakan di atas kertas.
Bertemu dengan Pn. Delina yang membawa 2 orang anaknya bermain untuk pertama kalinya di Kejohanan Classical semata-mata untuk mendapatkan FIDE rating. Anaknya bernama Mohd Shahril Muhd Luqman Nur Hakim dari negeri Kelantan.
No comments:
Post a Comment