https://arbiters.fide.com/news/10141
List Arbiter - Pass Exam paper FA ( 8 from 12 participants)
Nota:
Ini kali ke-3 saya menghadiri kursus Seminar FIDE Arbiter yang dianjurkan oleh ASEAN Chess Federation di Berjaya Hotel, Penang. Keputusannya baru diterbitkan di laman website Fide.com pada hari ini dengan keputusan yang sangat mengembirakan.
Saya ingin kembali mengaktifkan blog ini semula selepas sepi tanpa content chess sejak saya mengundurkan diri daripada MCF 6 tahun dahulu. Saya teringat tujuan asal blog ini adalah untuk arkib sejarah chess yang berlaku di Malaysia terutama melibatkan pemain wanita amnya. Disamping itu dapat memberi maklumat yang berkaitan.
Secara ringkas, Exam Seminar FA boleh dilakukan secara online ataupun hybrid format.
Ada 40 soalan peperiksaan . Peserta wajib lulus 80%
Soalan berdasarkan keputusan seorang Arbiter bila menghadapi situasi semasa kejohanan dijalankan. Contohnya dalam keadaan Illegal move, Clock flag fall, promotion, wrong claim, draw position. Arbiter kena bertindak untuk beri keputusan dan penjelasan kepada situasi tersebut
Soalan juga berkaitan cara pengiraan rating dan cara pengiraan mendaparkan Norm IM, WIM, WGM, GM untuk pemain.
Pengunaan sistem Swiss System di Swiss-Manager dan cara pengiraan Tie break dengan kaedah Buchholz & Sonneborn-Berger untuk permainan individu dan berpasukan.
Arbiter kena mahir dengan Laws of Chess 2025, pengunaan elektronik jam catur dan pemahaman Fair Play Regulation.
Proses untuk Mendapatkan title FA adalah:-
1. Mendapat Norm FA1 daripada 3 kejohanan Catur (FIDE Rated Event)
2. Lulus Exam Seminar FA
3. Dalam masa 4 tahun
4. Permohonan melalui Federation (MCF ) ke FIDE
*(ada proses pembayaran title FA dan pengurusan MCF)
No comments:
Post a Comment