MENGHIDUPKAN KEMBALI SISTEM NATIONAL
ID/RATING MENERUSI MCF RATING SYSTEM DALAM DUNIA CATUR MALAYSIA.
- Rating kebangsaan atau National Rating (NR) telah lama diperjuangkan, dan diwujudkan pada tahun 2013 dan dihentikan pada tahun 2017 kerana ketika itu sentimen ingin mempromosikan Kejohanan FIDE dan rating FIDE perlu diberikan keutamaan.
- MCF National System kini dihidupkan kembali bukan semata-mata untuk meraih sumber kewangan seperti dilemparkan tanpa asas oleh sesetengah individu.
- Tetapi POTENSI kearah keperluan untuk merancakkan aktiviti pembangunan catur diperingkat akar umbi menerusi seminar, bengkel, kejohanan mahupun kebolehpasaran market catur, menilai keaktifan atau tidak aktif pemain-pemain di Malaysia yang mampu kita kenalpasti secara sistematik melalui sistem, dan seterusnya memberi penghargaan kepada pemain-pemain yang dikenalpasti peningkatannya, pemain terbaik tahunan mahupun identiti bakat baru yang selama ini kita tidak mempunyai sistem yang komprehensif.
- Kita perlu sedar realitinya ramai lebih pandai bercakap, mengkritik untuk perubahan dan pembangunan catur tanpa pengorbanan melalui usaha yang ingin didirikan. Dan setiap perubahan itu memerlukan pengorbanan untuk sama-sama merasai manfaat bersama pada masa hadapan kelak.
- Dengan kepimpinan Persekutuan Catur Malaysia yang ada pada hari ini, kami melakukan apa yang terdaya bagi memastikan pembangunan dan sistem yang jauh lebih baik dari sebelumnya dapat didirikan, sekalipun risiko itu datang dari kecaman beberapa individu itu sendiri. Kita dapat lihat juga “transparency” dan “Accountability” menerusi website utama MCF yang sentiasa kami paparkan untuk mereka yang berhajat untuk mewakili negara.
- Kami sentiasa mengalu-alukan dialog bersama mana-mana pihak untuk memastikan agenda pembangunan catur di Malaysia dapat dilaksanakan dengan jauh lebih baik. Kita perlu sedar juga realitinya MCF bukan seperti BAM atau FAM, kita tiada Tan Sri mahupun YB untuk membantu dana pembangunan catur di Malaysia. Jadi mewujudkan “sustainable” kewangan mampu memberi impak besar kembali kepada komuniti catur tanahair.
- Disamping MCF dan komuniti catur itu sendiri bersama-sama menghasilkan kerjasama dan saling memerlukan kepercayaan yang utuh menerusi National Rating System ini, kita perlu memastikan lebih ramai berpartisipasi bukan sahaja dalam kejohanan semata-mata, tetapi menyumbang kearah idea dan perlaksaan bagi memastikan catur ini bukan sahaja tertumpu kearah kejohanan, tetapi meliputi pembangunan akar umbi menerusi pendidikan catur, idea Inovasi dan IT dalam perkhidmatan mahupun produk catur, serta penekanan kepada mempopularkan sukan catur menerusi marketing dan promosi serta idea lain yang mampu membantu komuniti catur Malaysia.
- Justeru itu, lihatlah usaha MCF ini menerusi kaca mata jelas dan demi masa depan komuniti catur, bukan dengan kaca mata kanta rabun dekat yang hanya menilai keberkesanan sistem ini dengan RM20 semata-mata. Adakah wajar dengan mempersoal RM20 ini, kita harus hapuskan sistem ini hanya semata-mata hendak memuaskan hati kepentingan individu tertentu yang tidak mahu bayar?
- MCF sedia mendengar dan berkhidmat walaupun di pihak kami ada cacat celanya, namun teguran baik dan berdialog adalah solusi terbaik untuk kita sama-sama membangunkan sukan catur ini.
Selamat berbuka puasa.
Iwan Schani Ibnu
Penolong Setiausaha
Persekutuan Catur Malaysia
_______________________________
FB: Emran Mohd Tamil:
Polemik pengenalan kembali rating nasional
seminggu dua nie hangat
betul di whatsapp whatsapp group dan tak ketinggalan juga status dan komen
komen di facebook.... pengenalan national rating yang datang dengan yuran dwi
tahunan RM20 seakan menjadi bola tanggung yang terus menerus di smash setiap minit
dan detik.... walaupun panas.... perbahasan perbahasan seperti perlu ada juga
supaya komuniti dapat menyumbang buah fikiran dan memberikan feedback... malah
diskusi diskusi hangat ini membuktikan mereka sayangkan masa depan catur
kita... ia bukti ramai yang cakna dengan catur...
tapi bila melihat ada
komen yg agak ter'over'... rasanya takleh dok diam sangat.... kene counter
jugak sikit sikit.... jadi dalam kesibukan kita dengan kerja hakiki dan
tournament pertama di Damansara City Mall kita cubalah amik masa sikit ke depan
juga memberi sedikit penjelasan supaya dapat dirungkai sedikit kekeliruan....
yang pertama... di mana
rasional nya pengenalan semula national rating ini tatkala kita masih lagi
bertatih utk menyeluruhkan fide rating? tentulah di sini adalah dua pendapat...
pendapat yang pertama sebaiknya kita teruskan aja dengan fide rating kerana
national rating tidak diiktiraf pun di luar negara... pendapat kedua adalah
pengenalan national rating ini penting utk memastikan pencatur pencatur di luar
bandar mendapat rating yang boleh digunakan utk mengukur kemajuan mereka di
dalam sukan catur.. ini kerana dikatakan tournament fide rated sangatlah kurang
di luar kawasan Kuala Lumpur dan ini menyebabkan kelompok kelompok pemain luar
bandar ketinggalan kerana mereka tidak ada peluang untuk bermain kejohanan fide
rated... kalau di lihat sejarah dahulu... semasa zaman ada national rating,
national rating sememangnya jauh lebih meluas, ini kerana kos untuk membuat
tournament national rated jauh lebih rendah berbanding tournament fide rated...
kedua dua pendapat ini ada kebenaran dan kedua dua pendapat ini ada penyokong
masing masing.... secara jujur saya lebih hampir kepada pendapat pertama (yang
mana sebab ini lah saya suka mempromosi pelaksanaan kejohanan fide rated)
tetapi saya akur terdapat kebenaran untuk pendapat yang kedua... jurang yang
jauh di antara pemain bandar dan luar bandar ter'wujud' apabila kita
menggunakan rating fide secara eksklusif...
dari aspek kewangan
pula.... pada ketika ini antara sumber kewangan mcf adalah kutipan yuran
kejohanan...yuran pendaftaran fide id... yuran permohonan arbiter dan juga
yuran pentadbiran... sebelum rating nasional dimansuhkan, kejohanan national
rating juga memberi income kepada mcf tetapi apabila nasional rating
dimansuhkan maka income kejohanan mcf terhad kepada kejohanan kejohanan fide
sahaja.. berapa kerat sangatlah tournament fide berbanding tournament
unrated... jadi pengenalan semula national rating ini adalah untuk untuk
membolehkan mcf 'tap' kembali segment kejohanan yang bukan fide rated...
berkenaan tohmahan
seperti mcf nak hambut semua duit... amboi..amboi.... kalau kita nak hambut..
kita paksa dah pendaftaran tuh... tetapi pendaftaran ini bukannya diwajibkan...
ianya hanya untuk pemain yang mahukan rating nasional ini.... seandainya yuran
dwi tahunan ini (pada masa ini dengan yuran pengenalan adalah RM20) dirasakan
terlalu tinggi... maka berikan feedback kepada persekutuan catur malaysia untuk
mereka pertimbangkan... jangan nafikan hak pemain yang mahukan nasional rating
ini demi kelompok yang sebenarnya memang tak mahu national rating pun... (awak
taknak makan nasi arab chef ammar jgn lah suruh gomen tutup kedai chef
ammar,orang lain tetap nak beratur panjang nak merasa!... camtue lah bidalan
walaupun sememangnya tak tepat dan ini memberi bola tanggung yang baru!)... jgn
smash!hehe
dari segi kos untuk
penganjur.... kalau kita rujuk implementasi dahulu.. dahulu organizer perlu
bayar RM3 setiap pemain apabila kejohanan hendak ditarafkan di dalam nasional
rating tetapi yuran ini ditukar kepada fixed amount RM100 mulai 2023... jadi
sepatutnya lebih murah (melainkan tournament awok cuma ada 33 orang maka rate
lama itu akan lebih murah!)
kepada yang tidak
nampak atau sengaja tidak nampak.... mulai april 2022 yuran pelaksanaan untuk
fide rated classical telah dikurangkan dari RM500 kepada hanya RM300 pada waktu
ini... ini untuk mempromosi pelaksanaan kejohanan catur klasikal di malaysia...
bila kita kurangkan memang takde siapa yang nampak... semua cuma terbeliak
apabila dinaikkan aja...
ada juga yang marah
marah mengatakan kenapa MCF mengutip duit? Salah ker persatuan mengutip duit
untuk servis yang diberikan? adakah anda lebih suka kepada persatuan yang
bankrap dan tidak ada keupayaan kewangan berbanding dengan persatuan yang lebih
sihat status kewangannya? adakah anda tahu pada hujung 2018 komuniti pencatur
malaysia nyaris di 'delist' kan dari rating fide kerana hutang kepada badan
dunia yang hampir mencecah enam angka ringgit malaysia (~19k euro)? mujur dengan
rundingan tengku bersama fide beserta pelan pembayaran bulanan perkara itu
dapat dielakkan... Alhamdulillah semua hutang itu telah diselesaikan menjelang
2020 dan status kewangan kita adalah lebih baik kini...sebelum pandemik ...
yang rancak menyumbang kepada poket mcf adalah aktiviti aktiviti kejohanan..
pelaksanaan mcf rating ini adalah untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan
mcf...
apa kepentingan status
kewangan yang lebih baik untuk persatuan? tahukah anda perbelanjaan untuk skuad
sea games catur kita ke vietnam pada 2022 ini untuk 10 pemain kita dapat taja
hampir sepenuhnya dengan kos menghampiri RM30k menggunakan kewangan dalaman
kita... jumlah 10 pemain ini adalah 2.5 kali ganda dari saiz pasukan sea games
2019..... pada tahun 2019 ada calon pemain sukan sea yang menarik diri apabila
persatuan tidak dapat memberi komitmen tajaan kerana kita masih belum stabil
ketika itu... tahukah anda pada hujung tahun 2021 lepas kita dah berikan geran
aktiviti RM1000 untuk setiap negeri membuat sebarang aktiviti dan ini memang
kita rancang untuk teruskan lagi apabila kita mampu.... lebih kuat financial
standing mcf lebih banyak usaha pembangunan yang boleh dijalankan.... kita
belum kukuh lagi sebab kita terkesan juga dek covid 19... tetapi tapak dan
directionnya kita cuba supaya menuju ke arah itu...
ada juga yang
mengatakan MCF terpaksa caj pemain kerana gagal mendapatkan dana dari badan
korporat dan geran geran... iya mungkin di sini kita masih lemah dan boleh
diperbaiki lagi... atas dasar itulah kita membuat kolaborasi dengan ATCEN mulai
februari 2022 untuk membuka jalan kita dengan syarikat syarikat korporat untuk
permohonan tajaan.. boleh lihat posting februari di laman sesawang mcf...
tetapi contribution korporat kita bukanlah tiada....dari segi track record
kalau dirujuk laporan kewangan beraudit MCF
-2019... tajaan
korporat RM30k
-2020... jumlah tajaan
korporat kita RM25k dan tajaan geran kita RM28k (total melebihi RM50k)
-2021-22... report
belum audit.. saya takleh petik lagi tapi figure dekatlah dengan 2020... baru
bulan lepas pun kita dapat lagi geran latihan RM15k dari OCM atas usaha en
najib dan sumant yang bekerja keras memohon peruntukan latihan itu secara
tahunan sejak 2020.. insyaAllah kita cuba tingkatkan lagi penajaan dari badan
badan korporat ini.. anda pun boleh turut membantu kami mendapatkan tajaaan
tajaan ini...
rasa cukuplah bebelan
malam nie... jangan marah marah yer.... teruskan diskusi sihat..... presiden
pun dah sebut kita akan buat sesi penerangan kepada komuniti... semua feedback
boleh sampaikan....
adiosssss duluk....
sambil sambil tue yang belum daftar 1st Damansara City Mall 23-24 April 2022
nie meh lahhhh... jgn segan segan.... bleh register kat http://www.catur.info/dcmall
... baru 70 orang... mana tahu andalah juara baru siri klasikal U1800 dengan
hadiah RM1000 ! dan selamat berpuasa!!!
"It is better to
light a candle than curse the darkness"
Emran Mohd Tamil
Bendahari MCF
_____________________________________
Note:
Saya percaya komuniti sekarang lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima untuk menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak MCF dengan AJK yang baru. Semoga perkembangan dan pembangunan Catur yang lebih sihat pada masa yang akan datang.
Saya sudah mendaftar, Anda bila lagi?
No comments:
Post a Comment