Sunday, April 24, 2022

1st DC MALL Chess Championship U1800: MODEL KELAB PEMBANGUNAN CATUR KOMUNITI DI BANDAR

                                    Macario Simone Maria (Italy) Vs Haslindah Ruslan (MAS)

Kejohanan 1st DC Mall Chess Championship U1800 (FIDE Rated Classical) berlangsung selama 2 hari pada tarikh 23-24 April 2022 yang telah berakhir  semalam.  Seramai 136 peserta dan 8 pusingan-swiss dijalankan dan  di sertai daripada 8 buah negara iaitu Bangladesh, Vietnam, China , Perancis,  India, Italy, Syria dan Malaysia.  Saya berpeluang bermain dengan peserta daripada Italy di pusingan ke-8 iaitu saudara Simone yang bekerja di syarikat sendiri di Kuala Lumpur, Malaysia selama 5 tahun di bidang AI (Artificial Intelligent)

Tempat Kejohanan: DC Mall, Damansara, Kuala Lumpur




 Tournament  Registered rating FIDE  AUSTRALIA

Saya berpendapat kejohanan Classical Fide Rated yang diadakan pada setiap minggu di Klang Valley, boleh menjadi model pembangunan komuniti  catur yang sihat di bandar.  Ini merujuk kepada pendaftaran kejohanan di negara Australia yang diadakan pada setiap bulan dan tarikh kejohanan telah siap berdaftar sehingga ke tahun hadapan di kelab-kelab catur.

Untuk suasana di Malaysia, pemain bandar lebih bebas dan gemar diadakan di Hotel atau di Mall Shopping Complex dimana tempat makan dan hotel mudah ditemui dan berdekatan.  Kejohanan ini juga tempat dimana keluarga berkumpul dan teman-teman sekolah dan kerja lama bertemu.  Disamping itu dapat juga menambah ilmu catur dan  kenalan.

Dijangkakan  1st DC Mall U1800 akan diadakan selang 2 atau 3 bulan sekali di sini. FA Emran Tamil sedang  berusaha mendapatkan  kelulusan tarikh pada siri yang kedua daripada Badan Induk MCF.

   Organiser & Arbiter
FA Emran Tamil  dan Pn Sendy Yanti 

Masha Nazli Menhat (Tournament Director) - right

Kejohanan Catur juga tempat pemain anak-anak cilik didalam pembentukan jati diri.  Terdapat sekumpulan keluarga mendidik pembentukan karekter pemain didalam sukan catur.


Kaum ibu sebagai  penolong kejohanan dan  pendaftaran

Note Kejohanan Fide Rated di bulan hadapan;

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

AGM Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia (PCOKUM) ke -11 2022

   Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Malaysia : PCOKUM FB: PCOKUM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 Tempat: Dewan KL Braile Resources, Sen...

Popular Post