Monday, April 25, 2022

FIDE QUEENS' ONLINE CHESS FESTIVAL 2022 - Perspektif Permainan Online dari sudut IQ, EQ & SQ



Tarikh Kejohanan : 5th - 26th Jun 2022
Tarikh tutup sebelum: 29 May 2022

Asian Online Blitz Qualification,: 12. 06.22

Yuran Pendaftaran :    RM 70 (MCF ID)
                                    RM 100 @ 10 Euro ( Tanpa MCF ID)



  • Untuk Wanita sahaja
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perspektif Permainan Catur Online dari sudut IQ, EQ & SQ

Permainan catur secara Online adalah fenomena baru di alam maya sejak pendemik covid melanda dunia pada 3 tahun lepas.  Malaysia juga tidak terkecuali daripada tempias dan mengakibatkan tahun 2020-2022 kebelakangan ini kejohanan di papan catur semakin hambar dan digantikan secara altanatif permainan catur diatas talian.  Tetapi apabila Kerajaan Malaysia melalui Pesuruhjaya Sukan Malaysia (COS) membenarkan sukan catur dipertandingan dengan syarat ketat SOP dan kelulusan bersyarat, terdapat nafas baru bagi peminat catur yang mengemari bermain di atas papan catur (On the board) sejak 5 bulan kebelakangan ini. 

Pada pendapat saya, permainan secara online terbatas penguasaan IQ yang tinggi. Pemain - pemain muda digalakkan menyertainya, kerana ianya lebih mengunakan minda logik untuk mengira dan menghafal dengan  kecepatan.    

Manakala permainan catur secara yang asal merangkumi keseluruhan melibatkan penguasaaan minda EQ (Emosional Quatient = Kecerdasan Emosi)  dan  SQ (Spritual Quatient = Kecerdasan Ruhaniah). Dimana ia menjurus ke arah kawalan emosi , skil, pergaulan dan mampu mengawal emosi sendiri dan orang lain .

Saya pernah bertemu pemain yang membawa chess set sendiri dan pemain ini akan membersihkan buah-buah catur sebelum bermain kerana beliau sangat trauma kepada kebersihan.  Ada segelintir pemain yang terlalu rigid dan tidak selesa jika buah catur tidak diletakkan tepat di tengah-tengah kotak papan catur. Pemain ini kadang kala selalu membuat ‘adjust’ semasa permainan. (perfectionist disorder)

Permainan secara di atas papan juga memerlukan kesihatan badan yang baik. Kadangkala pemain terganggu  dengan bunyi dan  batuk yang berpanjangan. Ianya akan menganggu kejohanan dan oppenent pemain



Pemain wanita terkini yang aktif  di Malaysia adalah seramai 49 orang sahaja.

Dijangkakan pada hujung tahun ini pemain akan bertambah melebihi 100 orang pemain.  

Saya yang berkedudukan  no 15. 

No comments:

Post a Comment

LINDA RUSLAN

MISI MENCARI ‘50-MOVE RULE’

https://clono.no/Analysis/?gid=47916 Board 14 :  Pusingan ke-7  daripada 8 pusingan di kejohanan Classical FIDE rated di 14 th   U1800 KL Ma...

Popular Post